Rabu, 18 Januari 2012
DUIT UNISSUED PROOF COLOUR TRIAL SPECIMEN
Duit ini adalah dalam kategori duit proof colour trial specimen untuk Rm1 siri ke3 dikeluarkan pada tahun 1976 tandatangan Tun Ismail Mohd Ali printed by Bradbury Wilkinson dengan ciri keselamatan imej pendam bersaiz 121mm x 63mm. Duit ini adalah draft awal di dalam sesuatu proses kelulusan pencetakan duit Rm1 siri ke3 oleh Bank Negara.
Setakat ini masih kurang maklumat dan buku-buku yang ada menerangkan tentang kategori duit proof colour trial specimen ini. Ini mungkin disebabkan kategori duit ini amat berkurangan dalam simpanan individu kerana bilangan duit ini amat terhad dan sukar ditemui.
Duit Proof Colour Trial Specimen ini diperolehi daripada Mr. Tan Coin Penang yang diperolehi dari Auction di Singapura.Buat masa ini koleksi Sha Banknote telah berjaya mengumpul 4 keping duit proof colour trial specimen Rm1 siri ke3 untuk simpanan.
Salam Dato,
BalasPadamKoleksi yang cantik dan memang menjadi kegilaan pengumpul tempatan.
Tumpang tanya ya Dato..Bagaimanakah tekstur Proof Specimen Note tersebut? Adakah ia seperti tekstur wang kertas biasa dan adakah ia mempunyai 'watermark' ?
Terima kasih Dato kerana berkongsi..
Salam Afiq Nizam.
PadamTerima kasih kerana sudi melawati blog saya dan memberikan ulasan kepada ketogeri matawang proof Trail colour ini.
Model Wang Kertas ini adalah merupakan sebahagian daripada beberapa peringkat percubaan trial colour untuk wang kertas $1 siri 3 tahun 1976 yang dicetak oleh Bradbury Wilkinson dalam kertas khas tebal [ cardboard ] dan masih belum melalui peringkat watermark. model ini sebenarnya hanya dicetak khas untuk kelulusan Bank Negara Malaysia sahaja.
Terima kasih.
SALAM kenalan.....sya ada duit kertas lama 500 ringgt saya ingin tau berapa harga nya....wang kertas tersebut masih dalam keadaan baik
BalasPadamsaya tak dapat pastikan duit 500 tuan tu yang mana satu siri satu tandatangan Tan Sri Aziz Taha ev rm1100 atau siri dua tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein ev rm800 atau siri tiga tandatangan Tan Sri Ahmad Donev rm 1000
BalasPadam