Ahad, 12 Januari 2014

50SEN 1969 ERROR

STRUK THROUGH MINT ERROR
FILLED DIE
50SEN 1969


Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964 ingin menarik perhatian Kolektor semua tentang fenomena yang berlaku kepada syiling 50sen 1969 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Beberapa keadaan dengan beberapa penemuan khas kepada syiling 50sen 1969 membuatkan semua kolektor memberi tumpuan dan perhatian yang lebih kepada syiling 50sen 1969. Diantara beberapa fenomena yang menjadi buruan kolektor yang berlaku kepada syiling 50sen 1969 ini adalah seperti berikut :-

1. Legenda 50sen 1969 Milled Edge
Sudah menjadi legenda dalam sejarah syiling Malaysia bahawa syiling 50sen 1969 ME Milled Edge ini adalah merupakan syiling yang berprofail tinggi dan menjadi hot item dalam koleksi Numismatik Malaysia . Catatan bedaan di ebay syiling 50sen Milled Edge pernah dibeda sehingga mencecah RM10,000.00  namun anggaran harga semasa untuk tahun 2013 adalah EV RM5800.00 sahaja .Variety Milled Edge untuk 50sen 1969 ini amat-amat jarang dan sukar ditemui . Awas sekarang ini telah banyak dijumpai syiling 50sen 1969 Milled Edge yang palsu ditemui dipasaran . Dan  kolektor seharusnya berhati-hati dan  hendaklah membuat pemeriksaan dan pengesahan sebelum membuat urusan jualbeli .

2 .50sen SE 1969 kondisi UNC
Memang teramat-amat sukar bagi kolektor untuk menemui dan memiliki syiling 50sen SE 1969 ini dalam kondisi UNC . MNS pada tahun 2013 pernah melelong syiling 50sen SE 1969 kondisi UNC dengan harga RM2800.00 . Semua kolektor Malaysia jadi terkejut dengan setuasi syiling 50sen SE 1969 dalam kondisi UNC mencecah harga RM2800.00  .Ramai kolektor tidak puashati dengan setuasi ini kerana dalam keadaan biasa anggaran harga semasa untuk tahun 2013 adalah EV RM1500,00 sahaja   bagi koleksi UNC  .

3. 50sen 1969 Struck Through Mint Error
Satu penemuan kepada syiling 50sen 1969 oleh kolektor pada tahun 2013 ini adalah terdapat syiling 50sen 1969 ini yang error dalam kategori Struck Through  Filled Die Mint Error . Specimen error ini adalah amat  jarang dijumpai dan anggaran harga semasa RM180.00 . Koleksi ini dipaparkan seperti dibawah ini.

STRUCK THOUGH MINT ERROR
REVERSE
Struck Through Filled Die seperti dalam bulatan merah


STRUCK THROUGH FILLED DIE
STRUCK THROUGH FILLED DIE
Strcking Error seperti yang ditanda dalam bulatan merah

OBVERSE
OBVERSE
50sen 1969 Variety Struk Through


4. 50sen 1969 Variety Extra Dot
50sen 1969 Variety Extra Dot ini juga adalah merupakan penemuan baru 2013 yang ditemui oleh kolektor bagi syiling 50sen 1969. Variety Extra dot bagi 50sen 1969 ini adalah amat jarang ditemui dan sememangnya menjadi buruan kepada semua kolektor syiling di Malaysia .Anggaran harga semasa untuk syiling ini adalah RM180.00 .

Penutup
Sudah menjadi keperluan untuk mengumpul dan memiliki koleksi 50sen 1969 dalam kategori-kategori yang dipaparkan diatas .Satu kepuasan kepada kolektor jika berjaya memiliki kesemua koleksi ini kerana banyak cabarannya ibarat perumpamaan atas kejayaan meraih sagu dari ruyungnya menitik peluh menjelmalah marjan dan maknikam 50sen 1969 .




******************************
STRUCKING ERROR

5 ulasan:

  1. Dato..tdi sy ada terima syiling 10sen 1979..no9 trakhir tu seperti bengkok menyerong..sy tertarik mlihat keadaan syling tu yg msih berkeadaan baik tnpa calar..adakah berbaloi utk di kumpul? Detail dato

    BalasPadam
  2. Terima kasih
    Saya rasa syiling ini adalah variety pada no 9. saya cadangkan tuan cari syiling yang biasa dan pasangkan dengan syiling variety ini ,..simpan satu pasang ini serupa tapi tak sama.

    BalasPadam
  3. dato sya ada syiling ni satu nak jual kat mane ekk ?

    BalasPadam
  4. sy ade syiling 50sen tahun 1969,ade sape2 berminat nk beli x..klau berminat kol sy,0179021706

    BalasPadam
  5. sy ade syiling 50sen tahun 1969,ade sape2 berminat nk beli x..klau berminat kol sy,0179021706

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...