Isnin, 31 Mac 2014

JOKOH PAHANG

 JOKOH YIN HENG MEI LI
Private Monetary Token
Sejarah Matawang Negeri Pahang

oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf Fi Pahang
Sanat 29 Jamadulakhir 1435




PENDAHULUAN
Semasa Pemerintahan Bendahara Wan Ahmad iaitu antara tahun 1863-1881 , Token Persendian Timah yang dikeluarkan oleh orang China diperkenalkan di Negeri Pahang , Taukey China yang kaya ketika itu biasanya mengendalikan rumah perjudian. Lesen perjudian tersebut akan mendapat kelulusan daripada Sultan dan sultan membenarkan pengunaan token persendirian yang dikenali sebagai Jokoh . Jokoh yang dikeluarkan sah digunakan di Pahang bersama-sama dengan matawang resmi  Tampang yang dikeluarkan oleh Sultan dibawah seliaan Pembendaharaan Negeri Pahang .

JOKOH PAHANG
JOKOH PAHANG


CIRI DAN BENTUK JOKOH PAHANG
Kebanyakan Jokoh Pahang tertera dengan tulisan china dikedua-dua mukanya . Terdapat juga beberapa jenis Jokoh yang mengunakan tulisan Jawi . Tulisan China yang tetera pada Jokoh berkenaan adalah menunjukan sama ada nama atau singkatan nama syarikat yang menjalankan operasi .  Muka hadapan biasanya merujuk kepada nama pemainan perjudian atau kata-kata azimat yang membawa tuah . Ciri-ciri lain yang biasa didapati pada Jokoh ialah tanda balas bagi mengesahkan  ketulenan ataupun huruf yang yang membawa makna keharmonian atau tuah hidup. Tanda balas ini adalah untuk mengusir token palsu yang turut berada dalam edaran

NILAIAN TUKARAN JOKOH
Jokoh yang dikeluarkan sah digunakan di Pahang dan diedarkan bersama-sama dengan wang resmi Tampang Pahang dan Dollar Sepanyol pada ketika itu . Nilaian tukaran jokoh adalah seperti berikut :-

    1 Jokoh     =  1 Tampang 1/100 Dollars
    4 Jokoh     =  1 Tampang 1/25 Dollars 
100 Jokoh     =   1 Dollar Sepanyol


JOKOH PAHANG
YIN HENG MEI LI
JOKOH PAHANG
YIN HENG MEI LI

REVERSE
KOK  POH
( State Truasury )


OBVERSE
YIN HENG MEI LI

Khamis, 27 Mac 2014

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI SEBAGAI NUMISMATIK BERJAYA

SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA


Ini adalah kalimah keramat yang sentiasa saya ucapkan kepada diri saya sendiri pada setiap masa dan ketika . Kalimah keramat ini lah membuatkan saya sentiasa bertenaga untuk terus bersama kekal dalam momenten Numismatik Berjaya .

Ramai rakan Numismatik bertanya macamana nak jadi NUMISMATIK BERJAYA.  Rahsianya Saya katakan saya selalu sebut SAYA NUMISMATIK BERJAYA pada diri sendiri dan bila berjumpa rakan-rakan numismatik yang lain.  Dan kita nak jadi Numismatik yang berjaya kita hendaklah mengamalkan disebalik ungkapan luarbiasa perkatan MISTIK .

Apa makna MISTIK . MISTIK adalah  tindakan luarbiasa .
Disebalik MISTIK ini ada rahsia untuk kita praktikkan sebagai ahli Numismatik Berjaya .
Rahsianya saya akan turunkan kepada sahabat semua seperti dibawah ini .

[ M ]  Kalau nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita hendaklah kena ada MENTOR yang boleh dijadikan sebagai Idola dan Ikutan kita  . Cari Mentor ysng telah berjaya dalam Numismatik dan cuba dekati Mentor tersebut untuk mendapatkan ilmu Numismatik dan pengalaman mereka dan Mentor ini boleh dijadikan tempat rujukan dan menimba ilmu  yang luas mengikut keparannya dalam Numismatik.
Mentor saya ialah Mr. Dickson Niew , Dr Ibrahim MASDINAR dan En. Zulkifli Depankantar

[  I ]  Kalau kita nak jadi  NUMISMATIK BERJAYA  kita mesti mempunyai  ILMU yang luas tentang hobi  Numismatik ini . Kita mesti sentiasa mencari dan menambah setiap ilmu yang berkaitan dengan Numismatik . Setiasa bersedia mengikuti Seminar , Kursus dan program-program yang dianjurkan oleh Bandan NGO yang berkaitan dengan Numismatik .

[ S ]  Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita mesti melakukannya dengan ada SISTEM  dan setiap yang dilakukan itu konsistan siap sampai habis.

[ T ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita kena ada action atau TINDAKAN yang cepat dan bersungguh-sungguh  sebab past action past result . Tindakan yang kita nak buat hendaklah selari dengan kemampuan dan apa yang kita fokuskan .

[  I  ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA  kita mesti mempunyai IMPIAN atau matlamat kita . Impian ini adalah pelan bertindak untuk mencapai matlamat kita dalam satu jangka masa dan tempoh yang kita sendiri boleh tentukan bila kita nak capai.

[ K ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita hendaklah mempunyai seorang  MENTOR dan  ILMU yang tinggi dan SISTEM yang betul  dan TINDAKAN yang cepat dan IMPIAN MATLAMATyang jelas sudah pasti kita akan mendapat  KEJAYAAN  sebagai NUMISMATIK  BERJAYA .



Kalimah MISTIK adalah suatu ungkapan ajaib dan luarbiasa yang boleh menjadi acuan kepada seseorang individu untuk menjadi seorang NUMISMATIK BERJAYA .



Untuk menjadi berjaya biasakan menyebut

SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA


Sebanyak mungkin dan ketika bertemu dengan rakan Numismatik lain .


Saya akan cuba menyingkap banyak lagi Rahsia untuk menjadi seorang Numismatik yang Berjaya daripada perjalanan hidup saya sebagai seorang Numismatik .  Pengalaman ini adalah sebahagian daripada apa yang akan saya sampaikan dalam DISKUSI NUMISMATIK di Hotel Shahzan Inn Kuantan pada 3 dan 4hb Mei 2014 akan datang anjran Kelab Warisan Numismatik Malaysia  .Semua dijemput hadir.

Khamis, 6 Mac 2014

GALERI SHA BANKNOTE 1964



GALERI SHA BANKNOTE 1964
SELAMAT DATANG PENGUNJUNG
 YANG KE
 1/4 JUTA PELAWAT



Galeri Sha Banknote pernah menulis di ruangan ini pada  5.12.2013 dan  pada ketika itu angka pelawat untuk blog ini adalah seramai 200,000 pengunjung .  Kini hampir 4 bulan  berlalu dari tarikh itu sekali lagi Galeri Sha Banknote 1964  akan terus  mencatitkan  angka pelawat untuk blog ini .  Dan pada tarikh blog ini ditulis jumlah pelawat sudah hampir mecatatkan 250,000 pelawat . Dalam tempoh 4 bulan jumlah pengunjung adalah 50,000 pelawat dan purata pengunjung sebulan adalah 12,250 pelawat sebulan dan lebih kurang purata  416 pelawat sehari .

5/12/2013          jumlah pelawat 200,000 orang
6/12/2014          jumlah pelawat 250,000 orang
Tempuh 4 bulan jumlah pelawat 50,000 orang 
Tempuh 1 bulan jumlah pelawat 12,500 orang
Purata    1 hari   jumlah pelawat  416 orang


1/4 JUTA PELAWAT
Tekini 250,050 pelawat


Galeri Sha Banknote 1964 amat berterima kepada semua pengunjung yang melawat Blog ini . Sebagai pengamal Numismatik di Malaysia ini Galeri Sha Banknote 1964 akan terus menulis berkaitan dengan Numismatik Negara dan sejarah  matawang kita . Banyak perkara dan bidang-bidang dalam Numismatik yang belum dikupas dan ditulis untuk dikongsi bersama. IsyaAllah dengan sokongan rakan-rakan numismatik semua , blog ini akan terus menulis dan memaparkan penemuan-penemuan baru dalam numismatik negara kita .

Tarikh : 06.03.2014

Selasa, 4 Mac 2014

TAMPANG SILVER

MATAWANG NEGERI PAHANG
TAMPANG SILVER / TAMPANG DIRAJA
1877 [ 1294 HIJRIAH ]
BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD
Oleh
Galeri Sha Bannknote 1964
Saraf fi Jengka
1 Jamadilawal 1435


MUKADDIMAH
TAMPANG SILVER ini  juga lebih dikenali sebagai TAMPANG DIRAJA kerana ianya adalah merupakan salah satu matawang yang pernah digunakan oleh keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA  / TAMPANG SILVER  ini juga dijadikan untuk dipersembahkan kepada As Sultan dan Kerabat Diraja bagi memperingati sesuatu peristiwa  . TAMPANG  DIRAJA / TAMPANG SILVER  ini adalah diguna dalam istiadat istana , Majlis Perkahwinan Diraja dan seumpamanya dikalangan keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER  ini dikeluarkan secara ekslusif untuk keluarga diraja bagi sesuatu upacara dan Majlis adat istiadat Diraja Negeri Pahang . TAMPANG  DIRAJA  / TAMPANG SILVER  ini hanya disimpan oleh keluarga diraja Negara Pahang dan jumlahnya amat sedikit sahaja .


CATATAN MUZIUM BATAVIA, SUMATERA INDONESIA
Mengikut catatan buku katalog Koleksi Numismatik Muzium Batavia 1896, . tulisan oleh  J.A Van De Chijs  ada mencatatkan  Muzium Batavia ada menyimpan TAMPANG Negeri Pahang  yang diperbuat daripada perak yang bernilai 1 Dollar dan 2 Dollar. Sungguhpun bergitu  kerterangan yang dicatatkan amat sedikit dan tidak lengkap dan tidak ada gambar sebenar TAMPANG tersebut. Lebih malang lagi kedua-dua TAMPANG SILVER tersebut dikatakan kini telah hilang dalam simpanan Muzium Batavia .


CATATAN KAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
Daripada catatan penulis dan pengkaji Numismatik Malaysia dalam catatan rekod Matawang Kesultanan Melayu seperti catatan  Buku Encyclopaedia of the Coin of Malaysia tulisan Mr Saran Singh pada mukasurat 145 ada mencatitkan bahawa kewujudan TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER namun rekodnya tidak jelas dan tidak ada paparan gambar sebenar TAMPANG tersebut . Para peminat Numismatik dan kolektor Matawang Kesultanan Melayu amat teruja untuk melihat gambar sebenar TAMPANG DIRAJA  atau dikenali juga TAMPANG SILVER .

Tidak ada penemuan TAMPANG DIRAJA sebelum ini dan Para kolektor yang ada sekarang tidak pernah melihat TAMPANG DIRAJA ini . Galeri Sha Banknote 1964 amat bertuah kerana telah dapat memiliki koleksi TAMPANG DIRAJA . TAMPANG ini adalah merupakan koleksi yang UNIQUE dan dan baru diperlihatkan kepada umum .

SPESIFIKASI TAMPANG DIRAJA

Item  :  TAMPANG DIRAJA/TAMBANG SILVER
Di keluarkan : Pemerintahan Sewa Raja Wan Ahmad (  1863 - 1881 )
Bentuk : Tampang berbentuk Peramik
Kandungan : Perak/silver
Pandangan Atas : blank
Pandangan Tapak Bawah : blank
Mint Mark  :cetak tulisan china LANGIT KELAHIRAN
Saiz Tapak : 72mm x 72mm
Saiz permukaan atas kon : 25mm x 25mm
Tinggi  : 20mm
Berat : 29.47gram
Rarity : Unique RRRRR
Koleksi berusia 137 Tahun
Kod  : SHA  S/2
TAMPANG DIRAJA
NEGERI PAHANG
                     

PANDANGAN  ATAS
PANDANGAN ATAS
TAMPANG DIRAJA ini tampak dari atas
Bahagian tapak kosong sahaja tiada tulisan
Dan Permukaan kon atas ada Mint Mark tulisan China
Bemaksud " LANGIT KELAHIRAN "


PANDANGAN TAPAK  BAWAH
PANDANGA TAPAK  BAWAH
Tapak dibahagian bawah kosong sahaja tidak ada tulisan


PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI TAPAK BAWAH



PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI KANAN SECARA TELUNGKUP
Betuk Pyramik
Tapak tebal 2mm
Kon tinggi  20mm


PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI SECARA TELENTANG
Tampang yang diterbalikkan


PANDANGAN ATAS
PANDANGAN ATAS
TAMPANG DIRAJA
Bentuk Pyramik

PANDANGAN TAPAK BAWAH
PANDANG TAPAK BAWAH
Bentuk Topi dan berongga

PANDANGAN ATAS
PERMUKAAN PUNCAK KON
ada Mint Mark tulisan China
Dua cetakan yang sama yang bermaksud
LANGIT KELAHIRAN



*******************************************

TAMPANG DIRAJA
Negeri Pahang
Galeri Sha Banknote 1964
Kod  SHA S/2
Koleksi berusia 137 Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...