Khamis, 26 Disember 2013

JOHOR KUPANG

MATAWANG KUPANG EMAS NEGERI JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III
[ 1623-1677 ]
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
20 Safar 1435

Pendahulauan
Matawang kupang Emas ini adalah dikeluarkan oleh Kesultanan Johor dibawah Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III [ 1623- 1677 ] Sultan yang ketujuh memerintah Negeri Johor .

OBVERSE
OBVERSE





NILAI TUKARAN KUPANG EMAS
Nilaian Tukaran Kupang Emas berbanding lain yang digunakan pada masa itu ialah

1 Kupang gold  =  2 Penjuru Silver   = 50 Katun Timah
4 Kupang gold  =  1 Mas Gold  =  8 Penjuru Silver  = 200 Katun Timah


SPESIFIKASI KUPANG EMAS

Obverse  : In Jawi " Sultan Abdul Jalil Shah "
Reverse  :  In jawi " Khalifafatul mukminin "
Composition : Gold
Bentuk    : Octagonal
Edge       : Plain
Weight    : 0.64gram
Diameter : 13mm
Refer      : P19/SS14
Condition: Extremely Fine VF
Rarity     : Extremely Rare RRR
Estimate Value RM1800.00
Koleksi berusia 390 Tahun
Owner Galeri Sha Banknote 1964

OBVERSE
Kupang Emas Johor
Sultan Abdul jalil Shah III
[ 1623-1677 ]
OBVERSE
In Jawi  Sultan Abdul Jalil Shah


REVERSE
REVERSE
In Arabic " Khalifatul Mukminin "

Life sanubariku
Galeri Sha Banknote amat kagum dengan Kupang Emas Johor ini kerana dari lakaran ini ianya adalah suatu singkapan sejarah pada ketika itu . Dari khalimah Khalifatul Mukminin adalah ungkapan yang jelas bahawa Pemerintahan pada ketika itu adalah mendaulahkan Islamiah yang mendukung AlQuraan dan AlSunnah sebagai petunjuk kepada orang Mukminin . Dan Raja pada ketika itu adalah pemerintah dan ianya diiktiraf sebagai Khalifatul Mukminin sebagai payung kepada orang mukminin yang memerintah dengan adil dan mendaulatkan alQuraan dan Alsunnah .

Dizaman Pemerintahan Khalifatul Mukminin Umar AlKhatab Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah DINAR emas, DIRHAM perak dan Fulus tembaga . Khalifah Umar AlKhatab telahpun menetapkan semua Duit Emas adalah mempunyai berat yang standard iaitu setiap 1 DINAR adalah mempunyai berat bersamaan 1Misqak iaitu 4.25gram dengan ketulinan emas 917 .

Jika dilihat kepada Kupang Emas Johor ini yang mempunyai berat 0.64gram berbanding dengan Dinar Khalifatul Mukminin 4.25gram . Ini bermakna 1Dinar Khalifah Umar AlKhatab bersamaan 7 Kupang Khalifah Sultan Abdul Jalil Johor . Perbandingan ini adalah merujuk kepada ain berat emas Kupang dengan Dinar .

Penutup
Sebagai Artikel yang terakhir sebelum melabuhkan tirai bagi tahun 2013 Galeri Sha Banknote 1964 sekali memohon maaf jika terdapat pandangan dan tulisan Galeri Sha Banknote sepanjang berkarya diblog Numismatik terdapat terkasar sebutan dan pandangan yang tidak tepat dan ilmiah . Saya memohon maaf dan minta diperbetulkan . Untuk tahun mendatang 2014 ini Galeri Sha Banknote akan terus berjuang menulis dan menulis setiap penemuan dalam Numismatik Negara .

Jumaat, 20 Disember 2013

DINAR PUBLIC GOLD

DINAR PUBLIC GOLD
Oleh 
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
15 Safar 1435 Hijrah


Gelosori
Dinar adalah salah satu matawang syiling daripada logam Emas yang digunakan di zaman pemerintahan Islam berasaskan syariah Islam dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al khatab r.a .

Piawaian DINAR
Piawaian DINAR  ialah logam emas tulin 91.66 %  emas  22karat .
Berat 1 DINAR adalah berat satu Misqal iaitu 4.25gram
Berat  7 Dinar emas = 10 Dirham Perak

Sandaran DINAR
DINAR adalah bersandarkan  Zat berat logam Emas .
Manakala Wang Kertas Fiat bersandarkan hanya pada nilai yang dicetak diatas wang kertas tersebut semata-mata .

Kebaikan DINAR 
- Matawang Syariat umat Islam
- Nilai emas adalah stabil
- Diterima sebagai tukaran seluruh dunia
- Sifar Inflasi
-Logam Emas sukar dipalsukan
-Tahan Lasak
-laku sampai bila-bila
- Ada nilai intrinsik

Nampaknya Dinar Emas sudah agak popular digunakan sekarang ini bagi altenatif menyaingi pangunaan Wang Fiat yang digunakan oleh seluruh dunia . Kemelesetan Ekonomi yang diakibatkan kejatuhan matawang dunia yang bergantung kepada Dollar Amerika  menyebabkan Inflasi dan keadaan ekonomi tidak menentu .Dinar Emas yang bersandarkan kepada berat zat Emas adalah kukuh dan stabil

Perbandingan
Dicatatkan 1400 tahun dahulu 1 dinar dizaman khalifah boleh membeli seekor kambing kibas .Dan kini 2013 dengan 1 dinar 4.25gram x Rm160.00 bersamaan RM680 nilai yang sama boleh juga membeli seekor kamping bor . Maknanya nilai 1 dinar dulu dan 1dinar sekarang masih nilian yang sama tanpa susut nilai .Dinar nilainya kukuh dan stabil .

Lihat duit kertas Fiat yang dicetak tahun 1967 $10.00  nilaian pada ketika itu boleh beli gula dengan harga  0.25sen/sekati boleh beli sebanyak 40 kati  . Tetapi pada tahun 2013 nilaian RM10.00 hanya dapat beli 4 kilo gula sahaja . Maknanya RM1 nilaian  tahun1967 boleh dapat  40 kati gula tetapi dengan nilaian RM10.00 kini hanya boleh dapat 4 kilo gula sahaja . Nilaian wang kertas Fiat berlaku susutnilai yang ketara  dan iidak stabil .  Dulu 10 tahun dahulu shopping dengan RM50 boleh penuh satu troli barang tetapi sekarang dengan rm50 tak perlu troli tetapi barang boleh cibit dalam plastik sahaja.


Pakej keluaran
Public Gold telah mengeluarkan set  1Dinar, 2Dinar ,5Dinar & 10 Dinar
Nilaian Semasa Emas 916  Dinar adalah  dalam harga RM160.00/gram

Penutup
Dinar adalah matawang yang kalis inflasi dan susut nilai  sifar . Matawang Dinar ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai matawang tetapi juga sebagi pelaburan jangka panjang .  Bagi kolektor amat bertuah untuk dapat mengumpulkan kesemua koleksi 1Dinar, 2Dinar, 5Dinar & 10Dinar . Koleksi ini amat Rare dan pelaburan yang amat baik dalam Syiling Emas . Untuk melengkapkan kesemua set  kolektor hendaklah meyediakan peruntukan sebanyak RM13,770.00 untuk memiliki koleksi ini .Masa ini harga emas jatuh sedikit dan  eloklah kolektor mendapat koleksi ini . Untuk melihat koleksi ini satu persatu mari kita lihat dibawah ini paparan selanjutnya . Memiliki kesemua set  koleksi ini seumpama meraih permata emas koleksi Dinar Negara .



1.PERTAMA [ 1 DINAR ]
1 DINAR
Dinar Public Dinar
OBVERSE
OBVERSE
Wahid / 1 Dinar
Keluaran Public Gold Dinar
Rarity Very rare RR
Estimate Value RM 765.00
Owner Galeri Sha Banknote


REVERSE
1 DINAR
1 DINAR
In Jawi 1 Dinar


CERTIFICATE
Certerficate of Authenticity
1 Dinar
Weight 4.25gram
Go;d Purity 916
Diameter 18mm
Disahkan oleh
Abdul Shukor Anuar
Assay Office Penang Sdn Bhd
842011-D
No Siri P 128860

Di Keluarkan oleh Public Dinar

***************************************************
.
2. KEDUA [ 2 DINAR ]
2 DINAR

OBVERSE
ITHNAINI / 2 DINAR
Emas 916  8,5gram
Rarity Very rare RR
Estimate Value RM 1530.00
Owner Galeri Sha Banknote


REVERSE
REVERSE
2 Dinar

PUBLIC DINAR CERTIFICATE
2 Dinar
No P004166



Certificate  Authenticity
No P 004166
2 Dinar
Berat 8.5gram
Goll Purity 916
Diameter 22mm
Disahkan oleh 
Abdul Shukur Anuar
Asseyer
Assay Office Penang Sdn. Bhd.
( 842011-D )

****************************************************


3.KETIGA [ 5 DINAR ]
5 DINAR
OBVERSE
OBVERSE
PUBLIC GOLD 5 DINAR
Khamsa / 5 Dinar
Emas 916  21.25gram
Rarity Very Rare RR
Estimate Value RM 3825,00
Owner Galeri Sha Banknote 1964

REVERSE
REVERSE
Public Dinar 
5 Dinar


Certificate of Aunthenticity
Public Dinar
5 Dinar
No P 007263

Certificate of Aunthenticity
No P 007263
5 Dinar
Berat 21.25 gram
Gold 916
Diameter 32mm
Abdul Shukur Anuar
Assayer
Assay Office Penang Sdn Bhd
( 842011 - D )

*****************************************************

4.KEEMPAT [ 10 DINAR ]

10 DINAR
OBVERSE
OBVERSE
10 DINAR
Public Dinar
Gold 916  42.5gram
Rarity Vary Rare RR
Estimate Value RM 7,650.00
Owner Galeri Sha Banknote 1964


REVERSE
REVERSE
Public Dinar
10 Dinar
Gambar masjidil Harram Mekah


PUBLIC DINAR
Certificate Public Dinar
No P 005318


CERTIFICATE  0F AUNTHENTICITY
Certificate No P 005318
Specifications
10 Dinar
Weight 42.25gram
Gold 916
Diameter 38mm
Abdul Shukor Anuar
Assayer
Assay Office Penang Sdn Bhd
( 842011-D )

******************************
GOLD COIN PUBLIC DINAR
1DINAR/2DINAR/5DINAR/10DINAR
Galeri Sha Banknote 1964

Rabu, 18 Disember 2013

MELAKA 1511


ALFONSOR DE ALBUQUERQUE
MELAKA 1511
SYILING SILVER REPUBLICA PORTUGUESA


Syiling Silver Republica Portuguesa 200 ESC Tahun 1995 ini adalah syiling yang mempunyai catatan sejarah Tanah Melayu sekitar tahun 1511 dimana Pihak Penjajah Portugis telah menawan Melaka pada Tahun 1511 yang diketuai oleh Alfonso De Albuquerque .

OBVERSE
OBVERSE
Wajah Penjajah Portugis Alfonsor De Albuguerque
Dan Kota Al Famosa yang dibina oleh Potugis
Di Melaka 1511

Melaka adalah satu Pelabuhan yang amat strategi di sepanjang laluan perdagangan di Asia Tenggara . Pelabuhan Melaka telah menjadi rebutan diantara kuasa Penjajah  seperti  Portugis , Belanda dan Inggeris. Melaka pernah dijajah oleh Portugis kemudian Belanda dan kembali kepada Inggeris .


REVERSE
REVERSE
Republica Portuguesa
200ESC 1995

Jumaat, 13 Disember 2013

MATAWANG KESULTANAN MELAYU NEGERI PAHANG


SEJARAH MATAWANG KESULTANAN MELAYU PAHANG
SATU TULISAN DAN ANALISA BERDASARKAN BUKU HUKUM KANUN PAHANG
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf Fi Jengka Pahang
12 Safar 1435 Hijrah

Pendahuluan
Catatan dan analisan yang dibuat ini adalah cuba mencari dan mengambil  fakta-fakta yang terkandung dalam kandungan Buku Hukum Kanun Pahang HKP yang berkaitan dengan Fakta Numismatik yang menjurus analisan Sejarah Matawang yang digunakan semasa Pemerintahan Kesultanan Negeri Pahang pada ketika itu. 

Hukum Kanun Pahang
Pada Fasal yang keenam

m/s 7 HKP - fasal yang keenam  hukum pada segala orang yang mengamok . Jika hamba yang mengamok, atau hutang-hutangan, jika tiada ditangkap, maka dibunuh ia . Jika ditangkap dengan tidak tahu orang besar-besar maka salah hukumnya. Kena denda sepuluh tahil sepaha .

m/s 12 HKP - Fasal kesebelas - adapun pada mencuri kerbau atau lembu,ayam atau itek, jika ada dalam kandang dicurinya, maka didendanya setahil sepaha serta mengantikan kerbau itu dengan harganya .

m/s 19 HKP - Fasal ketujuhbelas - adapun hukum orang mengupah memalukan orang itu, jika tidak tahu hakim .denda pada yang mengupah itu setahil sepaha 

m/s 51 HKP - Fasal pada menyatakan hukum denda yang sekati lima tahil itu gantinya enam tahil sepeha, pakainya tengah tahil seratus timah .

Diatas ini adalah kutipan daripada beberapa catatan  kandungan HKP yang dapat mengambarkan nilaian denda yang dikenakan iaitu

Sepuluh tahil Sepeha 
Setahil Sepaha
Enam Tahil Sepaha

Beberapa rujukan telah dibuat bagi menentukan maksud " SEPEHA " . Adakah Sepaha itu sebutan nilai timbangan atau adakah ianya adalah jenis matawang yang digunakan pada ketika itu . Galeri Sha Banknote 1964 masih lagi buntu dalam menentukan maksud Sepaha ini tetapi berpendapat Sepaha ini adalah sukatan untuk timbangan . 

Mari kita cuba lihat pada perkataan ' pakainya tengah tahil seratus timah ' ini boleh dimaksudkan bagi bagi pemakaian pertukaran setengah tahil Sepaha bersamaan 100 timah . Kalau enam tahil sepaha bersamaan 1200 timah .

Dan lihat perkataan " sekati lima tahil itu gantinya enam tahil sepaha ". Ini membawa maksud sekati lima tahil bersamaan enam tahil sepaha bersamaan 1200 timah.

Adakah pakainya tengah tahil seratus timah itu bermaksud setengah tahil emas ketul bersamaan seratus tahil timah ketul , atau dikenali matawang tampang ???. Ini adalah dalam persolan yang belum dapat  dirungkaikan dalam penerokaan Hukum Kanun Pahang ini .

Penutup
Dalam kiraan timbangan terdapat pemakaian SEPULUH TAHIL SEPAHA & SETAHIL SEPAHA
diungkapkan didalam Hukum Kanun Pahang dan beberapa istilah lagi yang masih belum terungkai yang akan terus dikaji .

Selasa, 10 Disember 2013

SYILING 1SEN 1973

SYILING 1SEN 1973
V1  &  V2
Oleh 
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
12 Safar 1435 Hijrah
Gelosori
Pada tahun 1973 Kilang Wang BNM Royal Mint di Shah Alam Selangor telahpun menempa dan mengeluarkan Syiling 1sen untuk tahun 1973 . Syiling 1sen 1973 ini agak istimewa kerana Kilang Wang Royal Mint BNM telahpun menempa dan mengeluarkan Syiling dalam 2 Variety iaitu V1 Variety logam Copper/tembaga  dan Variety V2 logam Copper Clad Steel/keluli salut tembaga . Pada tahun-tahun sebelumnya semua syiling 1sen adalah dibuat daripada logam Copper .

 Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kerana harga Copper dipasaran dunia telah naik dan suatu alternatif logam baru perlu dicari bagi mengantikan logam copper yang kosnya  lebih jimat . Bank Negara Malaysia telah mula mengunakan Copper Clad Steel pada 1973 untuk Syiling 1sen dan terus mengunakan baki Planchet copper yang ada pada tahun tersebut . Inilah yang menyebabkan Syiling 1sen ditempa dalam 2 bahan logam iaitu Copper dan Copper Clad Steel . Difahamkan Jumlah tempaan syiling Copper adalah sedikit sahaja berbandingkan dengan copper clad stell . Dan atas jumlah yang sedikit dan terhad inilah maka harga Syiling Copper 1973 ini adalah lebih tinggi harganya  daripada syiling copper clad steel 1973 . Walaubagaimanapun sebagai kolektor kita mesti miliki kedua variety ini untuk  koleksi syiling 1sen 1973 . Memiliki kedua-dua koleksi ini dalam kondisi UNC ibarat dua kuntum bunga yang baru mekar ditaman.


SYILING 1SEN 1973
V1 kandungan copper/tembaga>>tidak tangkap magnet
V2 kandungan copper clad steel/keluli salut tembaga >> tangkap magnet
Tahun di keluarkan 1973
Ditempa di Kilang Royal Mint BNM Shah Alam Selangor
Berat 1.94gram
Diameter 17.70mm
Mint Mark GC
Mintage 21,400,385 
[ difaham kuantiti logam  copper clad steel ditempa banyak/logam copper sedikit ]
Estimate Value sepasang V1&V2 RM70.00
Owner galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/S173
Koleksi berusia 33 Tahun

SYILING 1 SEN 1973
Variety  V1 & V2
Koleksi berusia 33 Tahun

OBVERSE
V1 & V2
Mukadepan 1sen 1973
V1 kandungan Copper
V2 kandungan Copper Clad Steel

REVERSE
REVERSE
Kanan V1 copper
Kiri V2 Copper Clad Steel


***************************************************

V1
COPPER
TIDAK MELEKAT MAGNET
OBVERSE
OBVERSE
V1 Copper

OBVERSE
OBVERSE
V1 Copper


REVERSE
REVERSE
V1 Copper

REVERSE
REVERSE
V1 Copper

***************************************************

V2
COPPER CLAD STEEL
MELEKAT PADA MAGNET

OBVERSE
OBVERSE
V2 Copper Clad Steel

OBVERSE
OBVERSE
V2
Copper Clad Steel

REVERSE V2
REVERSE
V2
Copper Clad Steel

REVERSE
                         
REVERSE
V2
Copper Clad Steel

*********************

1SEN 1973 V1 & V2
Kandongan Copper & Copper Clad Steel
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/S173
Koleksi Berusia 33 Tahun


Ahad, 8 Disember 2013

MATAWANG KESULTANAN MELAYU NEGERI PAHANG

SEJARAH MATAWANG KESULTANAN NEGERI PAHANG
Satu analisa dari catatan Hukum Kanun Pahang HKP
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
10 safar 1435 Hijrah .


Pendahuluan
Tulisan ini adalah beberapa catatan dan analisa  daripada Galeri Sha Banknote kepada Buku Hukum Kanum Pahang HKP yang di tulis oleh Fakir yang tinggal di Pulau Raya bagi membincangkan SEJARAH MATAWANG KESULTANAN MELAYU NEGERI PAHANG dari sudut tulisan Numismatik .  

[ Pengantar Dato Yaakub bin Isa - m/s xiii HKP iaitu catatan yang menyebut ini dibuat( menulis ) oleh seorang yang menamakan dirinya Fakir yang tinggal di Pulau Raya . Catatan itu malah menetapkan sesiapa yang ingin menyalinnya, menurut adat , dikehendaki membayar SEEMAS . Sekiran diberi pinjam dan berlaku kehilangan dan kerosakan semasa dalam pinjaman , maka kenalah sipeminjam membayar sepenuh harganya. Dibawah Pemerintan Kesultanan Negeri Pahang yang kedua belas yang berketurunan daripada Sultan Melaka iatu Sultan Abdul Ghafur Mohayidin Shah 1592M - 1614M .]

Buku hukum Kanum Pahang ini ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya . Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Mohayidin Shah ( 1592 - 1614M ) . Sultan Pahang yang ke-12 yang berketuranan dari Sultan Negeri Melaka .
Dalam catatan Hukum Kanun Pahang  HKP ini dari awal lagi satu penemuan tentang hukum menyalin dan meminjam buku HKP ini dengan bayaran SEEMAS . Catantan ini jelas menunjukan Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah Matawang EMAS . Dari segi rekod penemuan Matawang Pahang pada ketika itu masih lagi belum ada  mengeluarkan Matawang Coin Emas . Dan Matawang Emas yang digunakan oleh Pemerintahan pada ketika itu adalah  berkemungkinan mengunakan Matawang Negeri Johor iaitu Matawang MAS negeri Johor di bawah Kesultanan :_

1. Sultan Alauddin Riayat Shah (1597-1613)
    MAS gold Coin
    Obverse in Jawi Sultan Ala'uddin 
    Reverse in Jawi Khalifatul Mukmin
    (SS10A)

2. Sultan Abdullah Ha'ayat Shah (1615-1623)
     MAS Gold Coin
    Obverse in Jawi Sultan Abdullah Shah 
    Reverse in Jawi Khalifatul Mukmin
     (SS11)
    Obverse  

Dan rekod HKP ini  adalah  ' perjalanan " bermula dari  Melaka, Bentan, Johor kemudian diperkenalkan di Pahang . Dalam tempuh pengunaan HKP diperkenalkan di Negeri Pahang ini bemungkinan besar Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah pengunaan bersama mengunakan Matawang MAS Acheh dibawah pemerintahan :-

[ muka surat 175 Gold Coin Samudra Pasai And Acheh J. Leyten ]
1. Sultan Iskandar Muda (1607-1636)
    MAS ACHEH
    Obverse in Jawi Sri Sultan Raja Iskandar Muda
    Reverse in Jawi Djohan berdaulat bin Mansur Shah
    ( A 15e J. Leytan )


Penutup
Dari catatan kandungan Hukum Kanun Pahang HKP ini maka bolehlah kita katakan bahawa istilah kenaan hukuman dan bayaran dalam  sebutan SEEMAS  dalam Hukum Kanun pahang ini adalah mengunakan Matawang Johor dan Acheh . Kerana kemungkinan negeri-negeri lain seperti negeri Pahang sendiri, Melaka dan Pattani tidak mengeluarkan matawang EMAS cuma yang ada Negeri Pattani subutan Kupang sahaja . Maka dengan ini kita boleh membuat rumusan SEEMAS  yang disebut dalam Hukum Kanun ini adalah satu MAS gold Coin Negeri Johor atau satu MAS Gold Coin Acheh yang digunakan di Negeri Pahang ketika itu untuk matawang Gold Coin .


****************************************
Sejarah Matawang Kesultanan Melayu Negeria Pahang
galeri Sha Banknote 1964
Siri Pertama






Jumaat, 6 Disember 2013

SYILING KIJANG EMAS BANK NEGARA MALAYSIA

SYILING KIJANG EMAS BNM
 SYILING BULION EMAS KIJANG
KIJANG GOLD BULLION COINS
DITEMPA DIKILANG ROYAL MINT MALAYSIA
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka, Pahang
 21 muharam 1435


Gelosori
Syiling Bulion Emas Kijang ini adalah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ditempa di Kilang Wang Bank Negara Malaysia Royal Mint Malaysia di Shah Alam Selangor . Koleksi ini dikeluarkan dalam keluaran syiling Emas Tulin dalam 3 Facevalue iaitu Nilai Nominal  50 Ringgit , 100 Ringgit dan 200 Ringgit . Syiling Bulion Emas Kijang ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2000-2003 . 

Mintage / Limited Edition
Kuantiti Mintage untuk syiling Emas Kijang ini tidak dapat diketahui tetapi ianya amat terhad dan merupakan Limited Edition untuk Koleksi Syiling Bulion Emas Kijang  . Kejarangan atau Rarity untuk koleksi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini adalah Very Rare RR 

Rekabentuk
Rekabentuk Syiling Emas ini amat unik sekali mengekalkan dimukadepan gambar Kijang sebenar berekor pendek melompat di bawah pohon sebagai Kijang Emas dengan tertera Bank Negara Malaysia dengan cacatan berat dan tahun dikeluarkan . Dimukabelakang pula pilihan kuntum Bunga Raya masih dikekal melambangi bunga kebangsaan Malaysia dengan tertera In Jawi Bank Negara Malaysia dan tertera nilai nominal syiling Emas ini  dalam Ringgit .Sementara siri Syiling kijang Emas ini ditempa dengan Milled Edge .

Edaran 
Syiling Kijang Emas ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ditempa oleh Kilang Wang Malaysia Royal Mint Malaysia di Shah Alam Selangor . Edaran Syiling Kijang Emas ini telah mendapat kerjasama Bank Bumiputera Comercial dan Maybank Berhad . Bagi memudahkan kolektor membeli dan menjual koleksi Syiling Kijang Emas boleh berurusan di kedua-dua Bank yang dinyatakan tadi . Bagi kolektor yang berminat menjadikan Syiling Kijang Emas ini sebagai koleksi peribadi  bolehlah ke  Bank Maybank yang berhampiran untuk mendapatkan koleksi ini . Harga kebiasaan yang ditawarkan oleh Bank adalah berasaskan harga Pasaran Emas semasa . Bagi kolektor yang ingin menjual Syiling Kijang Emas ini juga boleh menjualnya di mana-mana Bank Maybank yang berhampiran dengan kadar harga mengikut harga Pasaran Emas semasa .

Pembukusan

Bagi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 3 Edisi mengikut Nilai Nominal dan berat emas yang telah ditetapkan :-

Edisi  1/4 oz berat 8.80gram Emas  Tulin 0.999 Poket envelope warna Unggu
Edisi 1/2 oz berat 15.55gram Emas Tulin 0.999 Poket envelope warna Choklat
Edisi  1 oz berat  31.105gram Emas Tulin 0.999 Poket envelope warna  Biru hijau

Anggaran Nilaian Harga
Syiling Kijang Emas ini adalah syiling Emas 0.999 . Anggara Nilai Harga untuk Syiling Kijang Emas ini adalah mengikut Nilai semasa pasaran Emas dan tambahan 45%  nilai Numismatik .

Penutup
Memang darisegi keunikan Syiling kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malayasia ini
adalah amat rare . Bentuk dan gahnya Syiling Kijang Emas  BNM ini membuatkan semua kolektor akan berusaha untuk memilikinya . Memiliki koleksi Syiling Kijang Emas BNM ini umpama meraih sebutir emas permata Bank Negara Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya bagi pengemar Numismatik . Apa tidaknya untuk memiliki kesemua koleksi 1/4oz ,1/2oz dan 1oz kita perlu menyedia peruntukan sebanyak RM14,000.00 untuk melengkapkan koleksi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini .

1
SYILING KIJANG EMAS
EDISI 1/4 OZ
50 RINGGIT

OBVERSE
Kijang Emas 1/4 oz
Dikeluarkan dalam Sampul Khas Warna Unggu
Lambang Bank Negara Malaysia
Kijang Emas
Malaysia Gold . Bullion Gold


REVERSE
REVERSE
Minted By The Royal Mint of Malaysia
Kerjasama Bumiputra Commerce dan Maybank
Kijang Emas Edisi 1/4oz


OBVERSE
1/4 OZ
OBVERSE
Kijang Emas Edisi 1/4 oz
Bank Negara Malaysia
Gambar Kijang ekor pendek melompat dibawah pokok
1/4 oz berat 8.80gram
Garis pusat 28mm
Jenis type Emas 999.9 Fine Gold 
Tahun 2000
Tempaan Royal Mint of Malaysia
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Rarity Very Rare RR
Estimate Value RM2,296

REVERSE

REVERSE
Nilai Nominal 50 Ringgit
Kuntum Bunga Raya
In Jawi  Bank Negara Malaysia

**************************
2
SYILING KIJANG EMAS
EDISI 1/2 OZ
100 RINGGIT

0BVERSE
Edisi 1/2 oz
Dikeluarkan dalam sampul khas berwarna Choklat
Lambang Bank Negara Malaysia
Gambar Kijang Emas pendek ekor 
Malaysyia Gold Bullion Gold

REVERSE
REVERSE
Bullion Gold Malayasia Gold Coin
Minted by The Royal Mint of Malaysia


OBVERSE
1/2 oz
OBVERSE
Edisi 1/2 oz
Bank Negara Malaysia
Gambar Kijang Emas pendek ekor melompat dibawah pokok
Edisi 1/2 oz berat 15.55 gram
diameter 30mm
Jenis type Emas 999,9 Fine Gold
Nilai nominal 100 Ringgit
Tahun 2000
Royal Mint of Malaysia
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Rarity Very rare RR
Estimate Value RM4,058.00

REVERSE
REVERSE
Edisi 1/2 oz 
Nilai Nominal 100 Ringgit
Kuntum bunga Raya
In Jawi Bank Negara Malaysia
*************************

3

SYILING KIJANG EMAS
BANK NEGARA MALAYSIA
Edisi 1 OZ
200 RINGGIT
OBVERSE
Edisi 1 oz
Dikeluarkan dalam sampul Khas berwarna Biru
Lambang Bank Negara Malaysia
Kijang Emas 999.9
Gullion Gold Coin

REVERSE
REVERSE
Kijang Emas
Edisi 1oz
Minted by Royol Mint of Malaysia


OBVERSE
GOLD COIN KIJANG EMAS
OBVERSE
Gold Coin Kijang Emas
Edisi 1oz berat31.105 gram
Bank Negara Malaysia
Gambar Kijang ekor pendek melompat bawah pokok
Type  Gold 999.9
AGW 1oz
Tahun 2003
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Rarity Very Rare RR
Estimate Value RM8,118

Reverse
REVERSE
Edisi 1oz
Nilai Nominal 200 Ringgit
Kuntum Bunga Raya
In Jawi Bank Negara Malaysia


*********************
KIJANG EMAS BANK NEGARA MALAYSIA
1/4oz ,1/2oz .1oz
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/KE

Rabu, 4 Disember 2013

GALERI SHA BANKNOTE 1964

GALERI SHA BANKNOTE 1964
200,000 Pengunjung Seluruh Dunia


Usia blog Galeri Sha Banknote 1964  ini telah menjangkau usia 2 tahun sehingga kini . Dan sebanyak 420 artikel yang berkaitan dengan penemuan dan perkembangan Numismatik di negara kita dapat disiarkan dalam blog ini  . Sebagai peminat dan Pedukung kuat Numismatik Negara maka menjadi satu tanggongjawab kepada Galeri Sha Banknote 1964 untuk terus mengkaji dan menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan Numismatik Negara untuk disiarkan dalam blog ini . Ramai sahabat-sahabat Numismatik mencadangkan agar tulisan-tulisan ini dapat dibukukan bagi memudahkan sebagai bahan rujukan kepada peminat dan pengumpul duit lama Negara . 

Galeri Sha Banknote 1964 amat berasa gembira sekali apabila melihat rekod-rekod dan catatan pada blog ini . Data pelawat yang melayari blog Galeri Sha Banknote ini telah mencecah 200,000 pelawat dari seluruh dunia . Sebanyak  81 buah negara mengikut rekod adalah diantara pelawat blog ini termasuklah USA, England, Germany, China, Singapore ,Indonesia, Thailand , Brunei , Filipina,Jepun, Belanda dan dari seluruh dunia .

Ramai juga pengunjung yang memberi komen dan pertanyaan kepada blog ini dan saya ucapkan ribuan terima kasih diatas pandangan dan teguran yang membina untuk perkembangan Numismatik Tanah Air kita .

GALERI SHA BANKNOTE 1964
sedang menunggu pelawat yang 
ke 200,000
SELAMAT MELAWAT BLOG GALERI SHA BANKNOTE 1964

Terima kasih kepada semua penyokong dan pengunjung Blog Galeri Sha Banknote 1964 . Sokongan tuan-tuan kepada blog ini menyebabkan semangat saya akan terus berjuang untuk Numismatik Negara Kita . Salam Numismatik Malaysia

Selasa, 3 Disember 2013

CENDERAMATA UMNO MALAYSIA

CENDERAMATA UMNO MALAYSIA
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
28 Muharram 1435
Jengka Pahang


Sempena Penghimpunan Agong UMNO Malaysia pada tahun ini bermula daripada  2hb -7hb Disember 2013  di PWTC Kuala Lumpur maka Galeri cuba mencari beberap koleksi yang ada didalam simpanan yang kaitan dengan peristiwa Perhimpunan Agong UMNO ini ,   Pada 28 tahun 1985 berlaku satu peristiwa yang amat besar iaitu peristiwa Perasmian Ibu Pejabat UMNO Malaysia iaitu dikenali sebagi PWTC pada 26hb. September 1985 .Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahadir Mohamad , Presiden UMNO Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia .Koleksi ini dikeluarkan Khas bagi memperingati peristiwa Perasmian Bangunan Umno ini pada tahun 1985.


CENDERAMATA RASMI
CENDERAMATA UMNO MALAYSIA
Lambang UMNO
Dterap Daripada Logam Timah Malaysia
oleh Selangor Pewter
Pengusaha Piuter Diraja Selangor
Pengusaha 


CENDERAMATA RASMI
SEMPENA PERASMIAN KOMPLEKS UMNO
MALAYSIA KINI DIKENALI SEBAGAI PWTC
Oleh
YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
President UMNO Malaysia
Pada 26 September 1985


MEDAL UMNO MALAYSIA
logo Umno Malaysia


MEDAL PERASMIAN  KOMPEKS UMNO MALAYSIA
Perasmian  Kompleks UMNO Malaysia
PWTC
Pada 26 September 1985

********************
CENDERAMATA UMNO MALAYSIA
Galeri Sha Banknote 1964
Koleksi berusia 28 tahun

Ahad, 1 Disember 2013

SERATUS RINGGIT WANG KERTAS PRINTER COPY / SALINAN PENCETAK


SERATUS RINGGIT SIRI KEENAM
TANDATANGAN TAN SRI JAFFAR BIN HUSSEIN
SALINAN PENCETAK / COPY PRINTER
XX 00000000
Cetakan US Banknote
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
23 Muharram 1435

Pendahuluan
Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964  ingin membawa satu penemuan kepada Wang Kertas Seratus Ringgit Siri ke-6 yang ditandatangani oleh Gabenur Bank Negara Tan Sri Jaafar bin Hussein cetakan oleh US Banknote pada tahun 1992 . Wang Kertas Seratus Ringgit ini memang  mempunyai beberapa perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Wang Kertas biasa . Wang Kertas ini adalah Wang Kertas SALINAN PENCETAK/ COPY PRINTER. lihat prefix  XX  00000000 dan nombor sirinya ada lapan kosong

Apa itu Wang Kertas SALINAN PENCETAK/  COPY PRINTER
Wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah Wang Kertas yang disimpan oleh Pencetak Wang US Banknote sebagai Salinan wang kertas untuk siri Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein  . Wang ini disimpan Di Percetakan United State Banknote .Co  USA . Wang ini telah dapat dibawa keluar oleh pihak tertentu daripada simpanan Pencetak US Banknote dan ianya dijual di Lelongan Awam di Singapore .

Apakah perbezaan Wang Kertas Salinan Pencetak.
Dari apa yang kita lihat dari Wang Kertas ini cuba kita lihat kepada nombor Prefixnya iaitu Prefix XX .
Kalau mengikut rekod Wang Kertas Seratus Ringgit biasa Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein dimulai dengan cetak Prefix ZD sehingga ZG dan Replacement ZX cetakan Thomas De La Rue.
Variety no siri tidak menyala dibawah lampu ultra unggu.
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan dengan Prefix ZH sehingga ZT dan Replacement ZU cetakan oleh Thomas De La Rue dengan Variety no siri menyala dibawah lampu ultra unggu .
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZT sehingga ZY dan Replacement ZU cetakan US Banknote
Cetakan tahun 1992

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZY-ZZ sehingga AA-AF dan Last Prefix AG
Cetakan tahun 1995.

Tetapi untuk wang kertas SALINAN PENCETAK ini wang kertas Seratus Ringgit ini dicetak dengan Prefix XX dan tidak ada kaitan dengan susunan huruf abjad Prefix wang kertas yang telah dicetak untuk edaran. .

Bergitu jumlah nombor siri Wang kertas ini dicetak  XX 00000000 iaitu sebanyak lapan kosong . sepatutnya jumlah nombor siri wang kertas biasa adalah sebanyak 7 kosong sahaja .

Kedudukan Rarity Wang Kertas SALINAN PENCETAK
kedudukan Status wang Kertas Simpanan Pencetak ini ada teramat Jarang dan belum pernah dijumpai oleh Kolektor sebelum ini . Rarity untuk wang ini ada UNIQUE - only one piece known to exit .

Anggaran Harga Numismatik wang Kertas SALINAN PENCETAK
Anggaran harga Numismatik untuk wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah RM25,000.00


Penutup
Sebagai penutup dengan penemuan dan paparan ini adalah dikongsi bersama Wang Kertas SALINAN PENCETAK yang mempunyai ciri yang unique :-

1. Prefix XX yang tak pernah dikeluarkan
2. Nombor siri XX 00000000 mempunyai 8 kosong yang sepatutnya cuma 7 kosong
3. Wang kertas ini bukan spesimen Error atau Variety tetapi wang kertas SALINAN PENCETAK  Keluaran US Banknote .Co USA .



WANG KERTAS SALINAN  PENCETAK/ COPY PRINTER
Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein
Lihatlah pada kedua-dua nombor siri Wang Kertas ini
XX 00000000
Merupakan Wang Kertas SALINAN PENCETAK


NO SIRI WARNA HITAM
XX 00000000
Nombor Siri Mendatar Warna Hitam
XX 00000000
Lihat ada tiga keunikan pada wang ini 
Pertama Prefix XX memang tak wujud untuk siri ini
Kedua nombor siri semua kosong 00000000
Ketiga jumlah angka kosong sampai 8 
sepatutnya kosong tak lebih dari 7 untuk duit Malaysia. 


NOMBOR SIRI WARNA MERAH
XX 00000000
No Siri menegak Warna Merah
XX 00000000
Kombinasi nombor siri ini memang tak  berapa kena
Pertama nombor kosong ada 8 sepatutnya 7 sahaja
Kedua Prefix Seratus Ringgit Jaafar ZD-ZZ dan AA-AG sahaja
Prefix XX tak ada kaitan dengan siri ini
Mengapa terjadi begini ya?
Jawapan nya ialah ini adalah Wang Salinan Pencetak 
US Banknote untuk Seratus Ringgit siri keenam .


*****************************
SALINAN PENCETAK
galeri Sha Banknote 1964
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...