Sabtu, 29 Disember 2012

COCOS KEELING ISLANDS 1902

WANG KERTAS COCOS KEELING ISLANDS
TAHUN 1902

              GAMBAR WANG COCOS KEELING ISLANDS
              0NE-TENTH RUPEE
              1/10 RUPEE


Gambar  Wang Kertas Cocos Keeling Islands .
Nilaian 1/10 Rupee
Tahun 1902
Printed Sign by John Clunies Ross
ukuran 54mm x 48mm
Condition Extremely Fine
Rarity Extremely Rare RRR


               GAMBAR WANG COCOS KEELING ISLANDS
               ONE-QUATER RUPEE
                1/4 RUPEE

Gambar Wang Kertas Cocos Keeling
Nilaian  1/4 Rupee
Tahun 1902
Printed Sign by John Clunies Ross
Ukuran 54mm x 48mm
Condition Extremely Fine
Rarity Extremely Rare RRR


               GAMBAR WANG COCOS KEELING ISLANDS.
               ONE-HALF RUPEE
                1/2 RUPEE
       

Gambar Wang Kertas Cocos Keeling
Nilaian 1/2 Rupee
Tahun 1902
Printed Sign by John Clunies Ross
Ukuran 54mm x 48mm
Condition Extremely Fine
Rarity Extremely Rare RRR


                 GAMBAR WANG COCOS KEELING ISLANDS .
                  FIVE  RUPEE
                  5 RUPEE

Gambar Wang Kertas Cocos Keeling
Nilaian 5 Rupee
Tahun 1902
Printed Sign by John Clunies Ross
Ukuran 54mm x 48mm
Condition Extremely Fine
Rarity Extremely Rare RRR


nota *****

Kedudukan Pulau Cocos adalah terletak di selatan Pulau Sumatera . Kepten Wiliam Keeling adalah orang  Eropah pertama yang menjumpai Pulau Cocos ini pada tahun 1609  bagi pihak East India Company . Pada tahun 1875   Keluarga Clunies telah menduduki Pulau ini dan menamakan Pulau Keeling cocos . Keluarga Clunies ini mempunyai ladang kelapa dan mula memperkenalkan matawang mereka sendiri bagi urusan pembayaran gaji perkerja dan urusan niaga dikedai-kedai ladang kelapa Keluarga Clunies . Pada muka depan wang ini terdapat logo crest Arms Pulau Cocos Keeling yang juga dirujuk kepda sebagai logo  Arms of Clunies Ross .  Tahun 1823 pada Wang ini ini merujuk kepada tahun John Sidney Clunies Ross menerajui Milik Pulau manakala tahun 1902 yang tetera merupakan tahun pelancaran Matawang ini .  Matawang ini dihentikan pengunaannya pada tahun 1956  apabila   Pentadbiran British yang bepusat di Singapura  menyerahkan kepada Kerajaan Australia .  Galeri Sha Banknote telah mendapati koleksi Wang Keeling Cocos ini daripada Sahabat dari Johor yang membida wang  Keeling Cocos ini di  Auction USA  baru-baru ini  . Galeri Sha Banknote amat bernasib baik kerana dapat memiliki Wang Keeling Cocos ini dalam set 1/10 , 1/4 , 1/2, dan  5 Rupee  dengan lengkapnya serentak .  Diharap dengan paparan Wang Keeling Cocos ini Galeri Sha Banknote berasa puas dan rasanya nyenyak tidurlah untuk aktivi Numismatik sepanjang tahun 2012  . Tirai pencarian dilabuh untuk   pencarian koleksi untuk tahun 2012 namun usaha berterusan mewarisi Warisan Numismati untuk 2013 sedang menunggu dengan koleksi yang lebih hebat lagi . Mungkin kalau ada rezeki dan peruntukan lebih  diharap bangunan Galeri Sha Banknote akan dapat menjadi kenyataan  dibina  di Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang  bagi perancangan Numismatik 2013 .

Rabu, 26 Disember 2012

1 SEN 1986 2 in 1

1SEN 1986  varieti 6 round & error
1SEN 1986  varieti 6 open & error

               GAMBAR 1SEN 1986 VARIETI 6 ROUND & ERROR
                           

Terdapat error pada dagu angka 1

1sen 1986 varieti I round pada angka 6



                                Terdapat Error bintang bulan

Gambar 1Sen 1986 Varieti  6 Round & Error
mintage 48,920,034
Ditempa di Kilang Wang Shah Alam
kandongan Copper Clad steel
Berat 1.94 gram
Diameter 17.7mm



Terdapat error pada angka 1

1sen 1986 vareiti II 6 open


gambar 1Sen 1986 varieti   6 Open  &  Error
Mintage 48,920,034
Ditempa Di Kilang Wang Malaysia
Kandongan Copper Clad Steel
Berat 1.94gram
Diameter 17.7 mm


Nota****

Wang Syiling 1sen 1986 ini terdapat 2 varieti yang mesti dikumpulkan  oleh kolektor semua , varieti I ialah  ' angka 6  " yang dicetak pada  tahun 1986 ianya mempunyai Tanjak lengkung penuh manakala varieti II  " angka 6 " mempunyai Tanjak lengkung separuh kontot seperti yang telah ditunjukan dalam bulatan diatas . Selaku kolektor  kedua-dua varieti ini mestilah dicari untuk melengkapkan koleksi Syiling 1sen 1986 . Namun advance sedikit bagi 1sen 1986 koleksi Galeri Sha Banknote ini ialah kerana koleksi ini terdapat value added dengan tambahan penemuan Error dikedua-dua vareiti I & II  dan bolehlah dikatakan sebagai Koleksi  2 in 1 Syiling 1sen 1986  . Cuma kategori error ini Galeri Sha Banknote tak dapat tentukan kerana tak pakar mungkin Sahabat-sahabat yang memang bidang error boleh bantu .  Untuk koleksi ini Raritynya ialah Extremely Rare RRR .



Sabtu, 22 Disember 2012

UNCUT RM1 ZETI AZIZ 60 KEPING

UNCUT 60 Keping
RM1 Zeti Aziz
Prefix Replacement ZA

             GAMBAR UNCUT 60 KEPING
                      RM1 ZETI AZIZ




Gambar UNCUT 60 Keping
RM1  Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
Prefix Replacement ZC
Condition UNC
Rarity  UNIQUE [ RRRRR  ]
Issue  only two piece known to exist
Estimate Value  RM  ?

nota*******

Wang Kertas RM1  UNCUT 60 keping ini adalah merupakan koleksi terkini yang  Terbaru dan Tercanggih  dalam Rarity  kategori  UNIQUE  [ RRRRR ]  yang merupakan koleksi yang belum pernah ditemui dan   direkodkan oleh mana-mana kolektor  .   Buku terbaru A Complete Educational Reference World Paper & Polymer Uncut Banknote By KN Boon tidak adapun merekodkan koleksi  UNCUT RM1   60 keping ini  ataupun mana-mana buku yang ada di Malaysia ini..  Sehingga kini difahamkan varieti UNCUT 60 KEPING  ini   hanya ada 2 unit sahaja yang dikeluarkan  kepada umum   ,  satu berada dalam simpanan Operation  Production Manager Giesecke  di New Zealand  dan salah satu lagi  ianya kini  telah menjadi koleksi  dalam Galeri Sha Banknote . Koleksi Wang Kertas RM1 UNCUT 60 keping ini akan di Pamerkan dalam Pameran Koleksi Wang Kertas Lama dan Warisan Numismatik di Muzium Seni  Kuantan ,  Pahang  pada  awal tahun hadapan .  Bagi rakan Kolektor yang berminat melihat koleksi  Wang Kertas Malaysia UNCUT lengkap dari  @ RM1 -  3 in 1, 8 in 1 & 30 in 1   @ RM 2 -  3 in 1 , 30 in 1  @ RM5  -   3 in 1,  pair 3 in 1, 8 in 1 & 30 in 1  @ RM10  -   3 in 1 , pair 3 in 1, 8 in 1 &  30 in 1 [ RRRR ]  @ RM50  -   3 in 1  dan yang terkini RM1  60  in 1 [ RRRRR]  akan di pamerkan di Muzium Seni Kuantan Pahang awal tahun depan . Kolektor  uncut  boleh datang melihat di Kuantan nanti .

Khamis, 20 Disember 2012

KOLEKSI FOR EDUCATION

Lanjutan daripada Kunjung Hormat dan Lawatan Pada 18.12.2012 dengan Ehsan MARIWASA Kraftangan  baru ini  atas tujuan for Education  Pihak pengurusan   Mariwasa  telah  bersetuju  menghadiahkan beberapa koleksi kepada  Galeri Sha Banknote  . Koleksi-koleksi ini akan dipamerkan nanti di Pameran  Matawang lama Warisan Numismatik  di Muzium Seni Kuantan Pahang pada  Mac 2013 . Beberapa Koleksi tersebut adalah  seperti berikut ;-

           SET DIE UNTUK MEDALLION



Gambar  2unit  Die Medallion
Saiz Die 20mm in diameter
Berat keseluruhan Die 600  gram
Logam Die adalah jenis  Metal SS4
Diukir mengunakan mesin IMPALA

                      DIE ATAS / HAMMER DIE

Gambar Die Atas/ Hammer Die
Dipasang dibahagian atas lantakan mesin  penempa
Dengan   kuasa  tekanan 200 tan
Kelajuan tempaan  2 kali seminit
Jangka hayat  Die 5000 kali tempaan
Logam Die adalah dari Metal SS4
Kos pembuatan Die RM 2500
Rarity Highest State of Rarity RRRR


                       DIE BAWAH

Gambar Die Bawah
Dipasang dibahagian bawah tapak lantakan mesin penempa
Jangka hayat Die 5000 kali tempaan
Logam Die adalah dari metal SS4
Kos pembuatan Die RM2500
Rarity Highest State of Rarity RRRR

                       COIN BLANK
                                 Gambar coin blank

                  Gambar coin blank  error Extremeley Rare RRR
kandungan Brass
Dimport dari Japan
Saiz 20 mm in diameter
Tebal 2mm

                MEDAL SIAP DITEMPA
                                    Gambar mukadepan Medal

                 Gambar medal error Extremely Rare RRR

gambar Medal yang siap ditempa
Mukadepan Jasa malaysia loga Kerajaan Malaysia
Saiz Medal 20mm in diameter
Tebal 2mm


               Gambar muka belakang medal



               Gambar medal error Extremely Rare RRR

Gambar Medal yang siap ditempa
Mukabelakang  P.J.M peta Malaysia
Kandungan Logam Brass
Saiz Medal 20mm in diameter
Tebal 2mm


         

Rabu, 19 Disember 2012

LAWATAN KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN, BHD KUALA KANGSAR PERAK.

LAWATAN KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD KUALA KANGSAR , PERAK.


                  Seramai 42 orang peserta daripada Kelab Warisan Numismatik telahpun selamat mengadakan Kunjung Homat dan Lawatan Kekilang MARIWASA  Kraftangan Sdn. Bhd di Kuala Kangsar Perak pada 18.12.2012 selama 2 jam setengah bermula pukul 2.00 petang hingga pukul 4.30 ptg dengan  dengan disambut dan diberitaklimat  oleh  Encik Masmudin bin Hj  Rabien selaku Pengurus Pentadbiran   dan Encik Wahab bin Wahid selaku Operation Manager Production daripada MARIWASA Sdn Bhd.
                  Taklimat diberi adalah bekaitan dengan Latarbelakang syarikat Mariwasa  kemudian Para ahli Kelab Warisan Numismatik di bawa sendiri melawat  dan melihat secara dekat bagai mana sesuatu proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya  proses rekaan die atau acuan , kemudian  proses penempaan   medalion ,  kemudian  proses cantuman pengikat medal ,  proses pegilatan , dan proses pembukusan . Secara keseluruhannya Ahli   Kelab   Warisan Numismatik  sedikit sebanyak dapat mempelajari secara praktikal  sesuatu penempaan medalion yang kaedahnya seakan sama juga dengan proses penempaan duit syiling BNM  .  Secara keseluruhan dikesempatan Galeri Sha Banknote bersama Ahli Kelab  Warisan Numismatik dan Layanan daripada Staf  MARIWASA dan  dengan ilmu  yang dapat dipelajari  Galeri Sha Banknote amat berpuashati  dan  merasakan  inilah diatara  usaha yang berterus bagi memelihara Warisan Numismatik Negara . Terima kasih kepada MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd. kuala Kangsar ,  Safari Riverside Kuala Kangsar  dan Semua peserta lawatan dan urusetia Kelab Warisan Numismatik yang menjayakan program ini .
                Inilah lakaran detik-detik peristiwa lawatan tersebut yang boleh dilakarkan  sepanjang bermula di Safari Riverside Kuala Kangsar , Perak , dan Lawatan Keling MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd.
                 
Perjumpaan Di Safari Riverside Kuala Kangsar

Safari Riverside Resort Kuala Kangsar

Safari Riverside Resort Kuala Kangsar

Dua Congkak baru tiba

Ketibaan Sifu Tuan Dickson & Brother Lunaticg

Sdr. Setiausaha Kelab Warisan Numismatik  sedang meneliti senarai peserta

Sdr Manfaj mengemukakan soalan

Dato Presiden menyampaikan taklimat

Taklimat diberi di Safari Riverside Resort

Taklimat disampaikan oleh Dato Presiden

Sijil Disampaikan kepada Sifu Ishar Latif

Sijil disampaikan  kepada dua conggak

Dato Presiden berseloroh dengan Brother Lunatiqc semasa menyampaikan sijil

Taklimat oleh Dato Presiden

Gambar Kenangan Ahli Kelab Warisan Numismatik dan pesrta lawatan  di Hadapan Loby Safari Reverside Resort sebelum bertolak ke Kilang MARIWASA

Peserta tiba dihadapan Kilang MARWASA dan taklimat ringkas Dato Presiden

Encik Masmudin memberi taklimat kepada peserta

Taklimat oleh Encik Masmudin bin hj Rabaien

Dato Presiden menyampaikan cenderahati kepada encik Masmudin

Bilik membuat mould/die

Mesin berteknologi tinggi Impala membuat Mould/Die

Bilik komputer rekabentuk 3D untuk master  mould/die 

Encik Wahab Pengurus Production sedang menyampaikan taklimat

Encik Wahab menunjukan contoh die 

Mesin menempa medalion

Planchet medalion brass yang diimpot daripada Japan

Mesin Menempa Medalion

Medalion yang siap ditempa muka belakang

Medalion yang siap ditempa mukadepan


Medalion siap ditempa

Bilik tempaan Medalion

Proses mencantum pengikat medalion





proses membuat mould/die


Sebahagian mould/die yang ditempah oleh SUK Pahang

Sebahagian Mould /die yang telah  digunakan

proses welding pengikat tali medal

Proses mengukir medal

Mesin berteknologi tinggi

Sebahagian mesin yang digunakan

proses pengilap

Proses rendaman dengan asid

Medal yang telah siap proses pembukusan

Proses pembukusan

Bilik proses akhir pembukusan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...